Latar Belakang

Iqbal M. atau nama sebenarnya Muhammad Iqbal Bin Othman lahir pada 8 Oktober 1988 di Hospital Besar Kajang, Selangor. Mula menceburkan diri dalam bidang muzik bersama kugiran Limited Garden sebagai komposer, penulis senikata, pemain gitar dan penyanyi. Pada ketika itu Limited Garden turut dianggotai oleh Wazir dan Jonet. Ketika bersama-sama membuat muzik ketika itu, Limited Garden telah berjaya meriliskan dua buah demo yang bertajuk "Bank Negara Malaysia" (2003) dan "Happening in Valentine" (2005) Pada tahun berikutnya, Limited Garden telah ditukarkan namanya kepada Elektrikretro akibat dari penambahan ahli iaitu Kojek, Rafizul, Aidili, Hizami dan Allahyarham Zul dan juga penukaran konsep muzik yang lebih global. Sehingga tahun 2009, Elektrikretro telah merakam sebuah EP bertajuk "Antarabangsa Yang Biasa" (2008) dan sebuah single bertajuk "Kuala Lumpur" (2009). Permulaan bermulanya jenama Iqbal M. ini terjadi apabila pada suatu hari sekitar hujung tahun 2010, Acap Pepatung ingin mencuba alat rakaman terbaru yang terdapat didalam studio. Pada ketika itulah idea lagu "Tembak Tepat (Kenaikan)" muncul dan tanpa berlengah kami terus merakamkannya. Pada asalnya, niat untuk merakam itu hanyalah untuk simpanan peribadi namun beberapa orang yang telah mendengar rakaman tersebut berkata "Buat apa simpan lagu bagus macamni, riliskanlah!" Akhirnya kata sepakat telah diambil dan Acap Pepatung diambil menjadi jurutera bunyi dan penerbit bersama. Selain dari Acap Pepatung, beberapa nama lain juga turut sama membantu terutamanya ketika persembahan pentas seperti Raja Bromjat, Dubuk Aro-aroyo, Pie Alkohol, Mamat Satok, Aiman Mineral, Sudirman dan Fauzan Jupiter. Bercerita tentang konsep muzik, Iqbal M. tidak menetapkan konsep yang tetap bagi sesebuah komposisi namun Iqbal M. amat mengagumi bakat dan cara berfikir beberapa orang ini seperti Thom Yorke (Radiohead), Jonsi Birgisson (Sigur Ros), Damon Albarn (Blur/Gorillaz), Bjork, Graham Coxon (Blur), Kurt Cobain (Nirvana), Chris Martin (Coldplay), Izuan Shah (Auburn), Ham & Duan (SCTS), Zul (Akta Angkasa) dan paling memberi kesan mendalam dalam dalam muzik Iqbal M. iaitu loQue (monoloQue/Butterfingers). Selain dari komposer muzik, beberapa pengarah filem juga menjadi inspirasi kepada komposisi Iqbal M. seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Allahyarhamah Yasmin Ahmad, Afdlin Shauki dan Kabir Bahtia. Sokongan padu awak semua adalah amat diharapkan dan kami amat menghargainya. Selak muka surat rasmi Iqbal M. untuk berhubung secara terus di:-


www.youtube.com/lintaslangsung
iqbalothman@gmail.com

Facebook (search/carian) "Iqbal M."
014 233 95 29