9.11.11

Jurnal The Hidden Sessions Vol.3

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Actors Studio dan Soundscape Records diatas pelawaan dan keberanian mereka menjemput Iqbal M. untuk membuat persembahan untuk sessi ketiga Hidden Sessions tempohari. Serba sedikit pengalaman pada hari tersebut. Jentera Iqbal M. berkumpul di Actors Studio seawal jam 6 petang lagi untuk melakukan proses pemeriksaan bunyi. Disebabkan lebihan masa, kami telah pun melakukan pemeriksaan bunyi kesemua lagu yang bakal dimainkan. Selesai kesemuanya, kami semua pun berehat sambil menunggu masa persembahan. Persembahan dimulakan kira-kira jam 915 malam dengan keadaan diluar dewan hujan rintik-rintik. Persembahan yang boleh dikatakan hampir sempurna (seperti yang dirancang) pada pendapat peribadi saya dan persembahan Iqbal M. paling berprestij untuk rekod Iqbal M. sekarang. Walaupun tidaklah penuh dewan pada malam itu, mungkin orang sudah mula pulang ke kampung untuk menyambut Aidil Adha namun orang yang hadir pada malam tersebut memberi sepenuh perhatian dan diharapkan awak semua yang hadir berpuas hati dan mendapat 'sesuatu' ketika menonton persembahan Iqbal M. Terima kasih sekali lagi terutamanya kepada tenaga-tenaga kerja pada malam tersebut. Acap Pepatung (Gitar), Raja Bromjat (Papan Kekunci), Dubuk (Tenor Deram), Sudirman (Double Bass), Adek Kanuki (Deram), Mamu Atap (Terompet), Numemon Embun (Terompet), Manjejari (Terombon), Suhaib Labi-Labi (Visual), Jaimal (Jurutera Bunyi), Kadir Chan (Video) dan 'bateri' saya Bainun Waheeda. Lis lagu yang dimainkan pada malam tersebut adalah seperti Intro, Antara 2 Darjat, Patah Balik, Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda), Tembak Tepat (Kenaikan), Outro. Tunggu hasil rakaman persembahan ini nanti suntingan Kadir Chan ya! Jumpa lagi awak semua disiri-siri lain persembahan Iqbal M. *Se-tail! :)

*Kepada yang hadir dan ada menangkap gambar pada malam tersebut, awak dialu-alukan untuk 'tag'kannya di muka surat FB Iqbal M. untuk kita kongsi bersama-sama yang lain. :)

No comments:

Post a Comment