Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

30.10.11

Pertandigan Lagu Puisi

Pada ketika ini Iqbal M. dengan bantuan Acap F dari kugiran The Fridays sedang bergiat/bertungkus lumus menyiap/merakam lagu untuk sebuah pertandingan membuat lagu anjuran Dewan Bahasa & Pustaka (DBP). Setelah diteliti sebaik mungkin Iqbal M. telah memilih hasil tulisan dari Munsyi Sulaiman yang bertajuk "Seloka Kehilangan Adat Melayu". Komposisi ini bakal dihantar selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011 ini. Doakan yang ter-baik untuk komposisi ini.

*Untuk membaca tulisan penuh "Seloka Kehilangan Adat Melayu", awak semua boleh berbuat demikian dengan membuka 'tingkap' senikata. Terima kasih tulang Belakang. Se-tail!

Patah Balik

Single kedua dari irilisan 'Tembak Tepat' kini sudah mula mendapat airplay di KitaFM. Pada Tulang Belakang, kini boleh meminta kepada juruhebah untuk memutarkan lagu tersebut. Bagaimana caranya? Sila ikut langkah ini.

~ Untuk MeMbuat Permintaan Lagu Di Persilakan POST DI WALL...
DENGAR RADIO KITAFM DI http://facebook.com/kitafm
di WEBSITE : http://myKitaFM.com/
melalui player sendiri dengan klik : http://kitafm.servemp3.com:2010/listen.pls
atau boleh download KitaFM Desktop Player melalui link ni http://www.4shared/. com/file/yiDRi1ti/kitafm.htm (sila copy dan paste di browser anda dan rapatkan ia)

*Bahasa/Ayat diatas adalah salinan 100% dari pihak KitaFM. Terima kasih sokong dan terus sokong, Tulang Belakang! Se-tail!

11.10.11

The Weekend

Ekspos terbaru berkenaan Iqbal M. kini di 'The Weekend'. Sila semak pautan ini dan tinggalkan komen, kritikan untuk kebaikan bersama.

Oleh: The Weekend
Artikel: 11 Oktober 2011
Pautan: http://www.the-wknd.com/music/nowplaying/iqbal-m/

29.7.11

Jiboneus Mini Video #3

You'll need a seatbelt whenever you watch one of Iqbal M's performances because he'll take you on one hell of a ride. He gets everywhere, on the stage and off the stage. His music a uniquely his, it's unconventional to say the least, sometimes feel traditional and other time punk-ish. Maybe it's because he incorporates several different type of instrument and even accapella other that what you normally get from typical band setup, guitar, bass, drums.
In a recent event, we manage to get Iqbal M. to talk about his music. Here's Jiboneus mini video #3:-

Here is a video of one of Iqbal M's recent performance:-
You can find out about Iqbal M. by visiting his MySpace page , myspace.com/iqbalmonowood or click like on his Facebook page, and check out his blog at tulangbelakangiqbal.blogspot.com.
His debut EP, Tembak Tepat is a perfect shot, highly recommended. Here is where you can get your hands on one. Iqbal M. is also going to be at UYA Distro launch, this Saturday, check out this Facebook event page for more information.

Oleh: J Shamsul, Jiboneus.com
Artikel: 28 Oktober 2010

22.3.11

Utopia Edisi 197



Baru2 ni Ana Raffali dijulang sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25. Begitu juga Yuna yang menggondol anugerah yang sama pada tahun sebelumnya. Dey'all muncul di persada muzik perdana setelah karya dey'all disemai dengan begitu gigih, yakin serta sokongan hebat pengikut muzik independent. kini tak siapa mampu menyangkal kebolehan anak muda kita dalam menulis lagu. Skop Indie kali ni ingin mengetengahkan IQBAL M, si 'kelana' seni mencari erti perjuangan.
Mulanya Gerakan Solo
IQBAL M bukan baru dalam scene independent. Walaupun hanya timbul di bibir pemerhati muzik bebas sejak kebelakangan ni namun dia sudah mula mencipta lagu sejak tahun 2003. Bertindak sebagai pencipta lagu, penulis lirik & bermain gitar merupakan kebolehan dikongsi bersama band pertama, Limited Garden. Ketika usia memberontak & tatkala jiwa cuba menzahirkan eksperi, IQBAL M bertungkus lumus bersama bandmate-nya menyiapkan 2 EP dalam masa kurang 3 tahun iaitu 'Bank Negara Malaysia' (2003) & 'H.I.V - Happening In Valentine' (2005). Bersama 2 EP tersebut, dia mendapat banyak pendedahan bermain muzik di merata tempat di samping mendalami karakter artistik masih tersembunyi ketika tu. Selang beberapa tahun selepas itu, dey'all ambil keputusan menukar nama band kepada Elektrikretro. IQBAL M menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan gitar & merekrut vokalis baru. Bersama Elektrikretro, dia release sebuah EP 'Antarabangsa Yang Biasa.'
Paksi Artistik Solo
Umpama anak burung baru belajar terbang - semakin hari semakin tinggi & jauh arah tujunya. Camtulah IQBAL M dalam 'melaraskan peluru2' dari muncung mata penanya untuk berkarya. Kegilaan terhadap muzik berteraskan brass mula memberi pengaruh dalam penulisan lagu2 terbaru. Jika dulu paksi utama IQBAL M bersama band-nya adalah Post Rock, kali ni dia muncul dengan pendekatan lebih bersifat Nusantara dari segi lenggok nyanyian serta patah kata. Kacukan antara pelbagai seleksi band serta penyanyi terdiri daripada Jonsi Birgisson (Sigur Ros), Monoloque, Johny Greenwood (Radiohead), Duan (Seven Collar T-Shirt) & Zul (Akta Angkasa) mempengaruhi karya IQBAL M.
Kelahiran EP Sulung
Selepas mengambil keputusan bergerak secara solo pada awal 2010, IQBAL M tak ambil masa lama untuk muncul bersama material terbaru yang kali ni lebih bersifat peribadi. Jelasnya, kepuasan menghasilkan muzik secara solo memberi kepuasan berbeza berbanding bermain dalam band. Pendekatan harus diambil agak berbeza. Namun IQBAL M masih mendapat bantuan rakan terdekat dari segi sokongan moral mahupun menghulurkan skil dalam studio. 'Tembak Tepat' merupakan EP sulung IQBAL M mengandungi 5 lagu di mana seni kata, susunan muzik & lagu 100% diperah otaknya. Proses rakaman EP tersebut berlangsung di IZ Studio, Wangsa Maju di bawah kelolaan Acap Pepatung. Proses mastering lak mendapat sentuhan Black Juxtaposed & grafik oleh Fauzan Jupiter.

EP 'Tembak Tepat'
Senarai lagu:
1. 'Tembak Tepat (Kenaikan)'
2. 'Patah Balik'
3. 'Mati Eksperimental'
4. 'Tembak Tepat (Kejatuhan)'
5. Harap-harap Okay!'

Ketika membuat persembahan, IQBAL M dibantu beberapa rakannya seperti Acap, Raja, Abi, Hadri, Danial, Fauzan, Aiman & Mamat.
Hubungi Si Penembak Tepat!
U'all kalau penyanyi berdahi jendul, ayu, ada lesung pipit, betis licin & comel kemain u'all support habis2, kan? Haa, kali ni apa salahnya kita sama2 mengangkat penyanyi solo lelaki pulak. Kalau Yuna & Ana boleh bikin meletopp takkan IQBAL M tak boleh, kan? Ye dok? Haa, u'all yang berminat nak ketahui lebih lanjut tentang muzik & info tentang IQBAL M bolehlah ringankan jemari lantas klik ke laman sesawang berikut;
Facebook - Search: IQBAL M
www.myspace.com/iqbalmonowood
amp.channelv.com/iqbalmonowood
www.youtube.com/lintaslangsung

Oleh: Pjoe
Artikel: Utopia edisi ke- 197
www.gempakstarzs.com

18.3.11

Transisi Edisi Kelima Julai/Ogos




Ketika mendengar lagu-lagu dinyanyikannya, anda mungkin terfikir siapa anak muda 'gila-gila' itu? Dia ialah Iqbal M. atau Muhammad Iqbal Bin Othman, 22, bakat baru yang dijangka menyinar dalam dunia muzik indie Malaysia. Kreativiti dan minat tinggi dalam muzik membolehkannya mengeluarkan EP pertama berjudul 'Tembak Tepat' dengan memuatkan 5 lagu seperti Tembak Tepat (Kenaikan), Patah Balik, Mati Eksperimental, Tembak Tepat (Kejatuhan) dan Harap-Harap Okay. EP itu, yang siap dirakamkan disebuah studio berlokasi di Wangsa Walk pada beberapa bulan lalu, mengambil masa enam bulan disiapkan dengan dibantu rakannya, Acap Pepatung atau Nor Asyraf Azizi. "Rakaman pertama bermula November 2009 dan siap pada April lalu. Ini kerana saya ingin menunjukkan kreativiti Acap sebagai jurutera bunyi, juga graduan muzik UiTM seperti saya. Saya ingin tonjolkan juga kepada umum mengenai apa yang kami boleh lakukan. Selain Acap, saya juga menggunakan khidmat kawan-kawan lain dalam persembahan saya," katanya. Iqbal memilih genre post-rock dengan gaya senikata unik tanpa rima sama. Kelainan dibawakannya itu bertujuan mengubah halwa dengar masyarakat mengenai muzik tempatan. Menerusi muziknya itu, Iqbal cuba menarik perhatian pendengar dengan mencipta dua cerita dalam satu judul lagu yang sama. Baginya, sebagai artis dia perlu membuatkan pendengar berfikir dan bukannya hanya mendengar serta menghayati lirik saja. "Saya mahu muzik jadi seperti matematik. Bukan dua tambah dua, empat. Saya ingin ia jadi satu atau apa saja yang mampu buat pendengar berfikir kenapa ia begitu. "Bagi buat pendengar fikir keunikan lagu saya, Tembak Tepat dihasilkan dalam dua cerita, satu positif (Tembak Tepat -Kenaikan) dan negatif (Tembak Tepat -Kejatuhan). "Kenaikan ialah cerita mengenai kesungguhan mandapatkan apa yang dihajati tanpa mengira apa kata orang. Kejatuhan pula, apabila kita sudah usaha sebanyak mungkin, tapi sampai tahap tertentu kita tidak berjaya dan kita fikir itu saja rezeki yang ada," katanya. Menurutnya, tanpa bantuan rakan-rakan, dia tak mampu bergerak sendiri kerana mereka bagaikan enjin dalam jentera pergerakannya. Justeru, kepercayaan itu membuatkannya tetap terus bersama mereka dalam setiap persembahan muzik dan proses penghasilan album sulung. "Saya penyanyi solo, tetapi ketika membuat persembahan, saya perlukan Acap, Raja Bromjat (Raja Ezzat Ezmir Raja Zaen), Aiman Mineral (Aiman Syabil Ashraf), Hadri Aro-aroyo (Hadri Abdul Hamid), Aby Kuning Cair (Abi Bakri Abdul Kayim), Diman Putupale (Syafiq Aiman Jamil) untuk beraksi bersama saya," katanya. Iqbal mula menulis dan membuat persembahan ketika disekolah menengah sebelum bergerak secara solo dan serius semasa semester akhir Diploma Seni Muzik. "Saya suka subjek Sastera semasa sekolah menengah. Saya baca karya Faisal Tehrani dan Antologi Sastera Sehijau Warna Daun banyak kali. Ketika tingkatan 4 dalam kelas sastera, saya sudah cuba menulis. "Muzik saya banyak dipengaruhi Bjork, Radiohead, Sigur Ros dan Butterfingers," katanya. Anak muda berasal dari Kajang itu kini menyambung pengajiannya dalam jurusan Ijazah Seni Muzik di universiti sama. Iqbal menyatakan penglibatannya dalam aktiviti-aktiviti muzik tidak pernah menjejaskan pembelajarannya di universiti ataupun memberi kesan negatif kepadanya. "Saya buat semua ini 24 jam sehari dan 365 setahun. Inilah yang saya pelajari dan lakukan. "Jika dahulu saya belajar diploma, kini saya sambung peringkat ijazah pula," katanya lagi.

Oleh: Wan Azuraina Meor Abdullah
Artikel: Transisi edisi kelima Julai/Ogos 2010
www.transisi.com.my