Senikata

Tembak Tepat (Kenaikan)
Menari dengar gendang tarian cina
Papan tanda hilang petunjuknya
Acu pistol dikepala
Tarik picu
Fokus tepat dan terus tembak
Tembak tepat
Biar jatuh bidadari langit
Sujud kaki
Takkan gentar jiwaku ini
Kentallah kau jangan peduli
Mungkin belum sampai masanya
Aku berdiri, teriak sakan, terima pujian
Bila tarikhnya, aku tak pasti?
Yang penting
Tembak tepat

Sinopsis: Lagu ini merupakan lagu terawal yang saya cipta untuk jenama Iqbal M. Dan lagu ini mengisahkan bagaimana kuat/gila/cintanya saya terhadap bidang pemuzikan tanpa memikirkan apakah keuntungannya kelak. Cuma apa yang lahir dari otak/hati saya adalah terus membuat muzik sampailah tamat riwayat.

*Hak Cipta Terpelihara|Produksi Muncung Muzik|Tembak Tepat,2010

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Patah Balik
Modenisasi cantas percaturan kita dengan Tuhan
Berfikir secara rasional jangan marah pada yang tak bersalah
Pandu kereta laju
Belum tentu selaju jujurku
Pandu sayang pandu
Kearah yang lebih bermakna
Patahnya bakal cerdik pandai bumiputera
Kalau boleh mahu lidah antarabangsa
Kadar segera kalau boleh
Usahasama itu penting
Si Israel cuba cabar
Engkau juga turut melenting
Masalah datang jangan lari
Cuba selesai satu persatu
Kawan kau boleh
Lakukan
Kau boleh

Sinopsis: “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata/perilaku tak boleh diundur” itu adalah kesimpulan yang dapat saya buat semasa membuat lagu ini. Berkisarkan tentang seorang kawan saya yang seringkali bertelagah dengan teman wanita. Beliau pada ketika itu akan menceritakan permasalahan tersebut kepada saya dan saya cuba sedaya upaya untuk garapkannya dapat muzik/senikata saya tentang perihal mereka.

*Hak Cipta Terpelihara|Produksi Muncung Muzik|Tembak Tepat,2010
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Mati Eksperimental
Campakkan aku ke dalam tong sampah
Walaupun begitu masih ada yang sayang
Tepukkan gemuruh hanya menang sorak
Penat bekerja ganjarannya tak setimpal
Halal atau tidak
Kerja yang ku buat?Rasa mati eksperimen yang didalam otak
Kepala otak
Berdiri terpaku atau pura tak tahu
Pulangkan kembali
Era gemilang didepan mata
Sekarang juga

Sinopsis: Masih ingat pada insiden Faizal Tahir membuka baju ketika satu persembahan secara langsung di kaca televisyen? Lagu ini adalah untuknya. Bukan untuk mengeji tapi untuk memberi tabik hormat kepadanya. Lagu ini saya dedikasikan kepada Faizal Tahir kerana pada saya apa yang dilakukan ketika itu saya memandangnya sebagai satu nilai artistik dan bukannya sebagai satu sentimen negatif yang cuba beliau tonjolkan kepada masyarakat. Cubalah lihat pada kesungguhan seseorang artis itu cuba membuat karya agungnya. Puja artis bukan selebriti!

*Hak Cipta Terpelihara|Produksi Muncung Muzik|Tembak Tepat,2010
---------------------------------------------------------------------------------------------------

Tembak Tepat (Kejatuhan)

Ubah cara
Simpan saja
Mata keranjang kecilkan
Perhambat pulang
Semangat
Aku belakang sekali
Tembak tepat
Halau saja aku jika tak suka
Tak perlu bahasa kiasan hidup zaman moden

Sinopsis: Tembak Tepat (Kejatuhan) adalah sebuah lagu yang berlawanan dengan Tembak Tepat (Kenaikan). Lagu ini berkisar tentang bagaimana pula apabila setelah kita sudah sedaya upaya berusaha namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan/gagal.

*Hak Cipta Terpelihara|Produksi Muncung Muzik|Tembak Tepat,2010

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Harap-Harap Okay
Halau saja aku kalau betul kau tak suka
Tak perlu bahasa kiasan hidup zaman moden
Nampak macam gedik tapi itulah bahasa
Rasa sudah sedia tinggal tunggu menang saja
Cuba masuk ikut pintu keluar pula ikut tingkap
Rasa selamat sebentar tapi saya rasa awak perlu
Berhentilah awak dari
Puja
Dia saya rasa
Pilih untuk jadi apa
Saiborg atau manusia?
Perhambat semangat pulang
Awak takkan jumpa
Otaknya sentiasa berfungsi
Cubalah dengar kata saya
Walau markah awak lebih tinggi
Harap-harap okay

Sinopsis: Kita makin sesat, kiamat makin dekat! Pada saya ini merupakan karya nasyid saya yang pertama (Secara peribadi), lagu ini bukanlah bersifat anti teknologi atau anti sosial tetapi cuma mengajak awak semua dan diri saya sendiri untuk tidak terlalu mengejar teknologi/kemodenan sampaikan kita telah terlupa perkara-perkara wajib dilaksanakan sebagai hamba dimuka bumi ini.

*Hak Cipta Terpelihara|Produksi Muncung Muzik|Tembak Tepat,2010

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda)Aku takut
Tapi ikut
Tak boleh lawan
Bab perasaan
Harap bersabar
Cintaku terlalu
Semua ku catit
Ditelefon bimbit

Ajarkan aku Yasmin Ahmad bagaimana kau tawan
Hati cintaku dengan hanya bikin cerita?
Bagaimana agaknya rasa pekasam yang diberita?
Sampai cintaku boleh kata 'Aku suka!'

Paling cinta dalam dunia
Bainun Waheeda
Selama-lama

Sinopsis: Saya dedikasikan lagu ini kepada kekasih saya, sebagai tanda betapa istimewa/pentingnya dia dalam kehidupan saya. Beberapa kata-katanya, minatnya,kesukaannya saya cuba terapkan didalam senikata. Mungkin awak semua tidak faham beberapa bahagian, kerana lagu ini lebih bersifat peribadi dimana segala apa yang dituliskan ialah peristiwa antara kami berdua.
*Hak Cipta Terpelihara|Produksi Muncung Muzik|"rilisan akan datang"

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Antara Dua Darjat

Cintaku takkan pernah layu
Kerna hatiku sekeras batu
Jangan kau datang dugaan
Kerna aku belum puas bercumbu
Biarlah orang kata aku gila
Sampai sanggup tinggal segala
Mungkin itu caranya
Tunjuk yang seriusnya bercinta
Tulang belakangku rapuh
Aku perlu rawat semula
Berilah tahu caranya
Cara menyelesaikannya
Jangan sandangkan aku jawatan tinggi
Takut nanti aku lupa diri
Lupa segala janji-janji
Aku tak mahu
Jadi Tanggang
Tanggang moden

Sinopsis: Secara terus terang saya ingin menyatakan yang saya seorang yang tidak pandai membahagikan masa. Sehinggakan saya telah mengecewakan beberapa pihak, itulah yang telah terjadi yang menyebabkan tulang belakang saya merungut tentang keperibadian saya. Saya memohon maaf dan diharapkan maaf saya diterima, agar kurang beban dikubur kelak.
*Hak Cipta Terpelihara|Produksi Muncung Muzik|"rilisan akan datang"
------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jangan Kau Berhenti (Senyum)
Tak pernah aku rasa
Segembira begini
Senyum jangan kau berhernti
Sampai bila-bila
Kadang-kadang
Senyum hilang
Serulah kembali
Kau buat aku kata aku rasa teruja
Murung jangan kau datang
Aku belum puas
Senyum
Tak pernah
Aku rasa
Selesa
Beginilah bila ada rasa cinta
Rasa untungnya
Jadi manusia
Bila disayang
Bila dihargai
Bila berhubung senang sekali
Aku dah pasti
Ini yang aku cari
----------------------------------------------------------------------------------------------------


Seloka Kehilangan Adat Melayu

Aduhai resam, wahai adat!
Lembaga di mana telah berpudat?

Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa
Ghaib sepi tiada bersisa
Semakin mengerang senantiasa
Laksana dipagut tedung yang bisa!

Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa
Umpama gajah menjadi rusa
Oleh ragi campuran bangsa
Adat tertib habis binasa!

Sayang! Sayang!
Merajuk kemanakah adat melayu?
Laksana debu dipuput bayu
Wallahualam!
Entahkan jatuh ke laut gerangan
Disambar yu!


*Hak Cipta Terpelihara|Dewan Bahasa & Pustaka|Munsy Sulaiman|Langit di Tangan, 1995