Showing posts with label persembahan pentas. Show all posts
Showing posts with label persembahan pentas. Show all posts

20.12.11

Mari Merosak 3.0



Salam sejahtera pihak kami ucapkan kepada semua Tulang Belakang Iqbal. Mari! Mari! Kosongkan jadual awak semua pada hari Sabtu, 24 Disember 2011 bertempat di Kelab Darul Ehsan, Ampang untuk hadir ke sessi persembahan pentas Iqbal M. dan beberapa lagi kugiran lain di 'Mari Merosak 3.0'. Tiket hanya berharga Rm5! Rugi kalau tidak, bawa geng ramai-ramai. Jumpa awak semua disana!

Jurnal Rantai Revisit



Pada 18 Disember 2011 kira-kira jam 5 petang Iqbal M. telah membuat persembahan di sessi Rantai Revisit. Terima kasih yang tidak terhingga pihak kami ucapkan kepada semua Tulang Belakang yang datang memberikan sokongan padu. Terima kasih juga kepada muka-muka baru yang menjayakan persembahan Iqbal M. pada hari tersebut. Terima kasih banyak kepada Johan Kum-Kum dan Shahrin Sibilis untuk kerjasama yang diberikan.

13.11.11

Jurnal Break Out Day

Jumaat malam pada tarikh 11 November 2011 saya dan kekasih saya telah bertolak menaiki keretapi untuk menuju ke Kampar Perak untuk bersiap sedia untuk sessi 'Break Out Day' pada keesokkan harinya. Ini adalah pengalaman terbaru saya, setelah seberapa lama sudah tidak menaiki keratapi. Kami sampai di stesen Kampar jam 1230 malam. Sesampai saja distesen, ibu dan kakak kami sudah berada disana untuk menjemput kami pulang ke rumah. Keesokkan harinya kira-kira jam 10 pagi kami bertolak dari Kampar untuk menuju ke The gate Coffee, Taiping. Perjalanan yang amat memenatkan, kerana jalan raya terlalu sesak. Kami tiba dikawasan Gate Coffee sekitar jam 2 petang. Lantas terus saja saya bersiap sedia untuk menjalani proses memeriksa bunyi. Seperti biasa, persembahaan bermula lewat. Kira-kira jam 3 petang. Saya dan Mohd Jayzuan memulakan sidang persembahan pada petang itu dengan memberi 'ceramah'. Mohd Jayzuan memfokuskan tentang perihal penulisan manakala saya dipertanggungjawabkan untuk bercerita/ceramah berkenaan dengan pemuzikan. Kira-kira sejam juga proses itu berlaku dan dalam hati saya berdetik, warga disana pasif. Mungkin mereka malu untuk bertanyakan soalan dan saya mendapat tahu, ini adalah pertama kali perkara sebegini diadakan di daerah Taiping.. Selepas tamat, bermulalah persembahan-persembahan. Saya boleh katakan 70% daripada persembahan hari tersebut adalah persembahan pembacaan sajak dan 30% lagi adalah muzik. Set untuk Iqbal M. adalah yang terakhir sekali, dan ianya berlaku kira-kira dalam jam 530 petang. Beberapa komposisi dimainkan untuk warga yang hadir disana dan apa yang istimewanya pada yang hadir pada persembahan tersebut ialah mereka bakal dapat merebat cakera padat Tembak Tepat edisi terhad "Untuk Yob Sahaja!". Hanya 50 salinan dibuat khas untuk mereka yang hadir sahaja. Kelebihan pada rilisan itu ialah mempunyai 2 trek bonus iaitu 'Balik Patah Hayat Jangka' iaitu satu komposisi berteraskan komputer muzik dan juga single akan datang dari produk Iqbal M. 'Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda)' versi dari dalam gobok yang membawa maksud rakaman versi peribadi saya kepada tuan badan lagu tersebut. Terima kasih kepada yang hadir dan juga penganjur kerana mempelawa Iqbal M. ke sessi kali ini dan juga jutaan terima kasih kepada yang merebat cakera padat, bergambar dan berbual bersama saya tempohari.

Lis lagu:- Intro | Antara 2 Darjat | Tembak Tepat (Kejatuhan) | Harap-Harap Okay | Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda | Tembak Tepat (Kenaikan) *Kesemua komposisi dimainkan secara kapok (Akustik).

*Kepada lensa-lensa kamera yang ada merakamkan detik-detik pada hari tersebut, awak dialu-alukan untuk 'tag'kan gambar tersebut di muka surat Facebook Iqbal M. untuk kita kongsi bersama terutamanya kepada yangtidak hadir pada hari tersebut. Moga jumpa lagi dilain waktu. Korang se-tail!

10.11.11

Break Out Day

Kepada semua, terutamanya yang tinggal dibahagian utara Iqbal M. bakal membuat persembahan pada sessi "Break Out Day" anjuran Darmasiska dan Projek Rabak bertempat di The Gate Cafe, Taiping, Perak pada 12 November 2011 bermula jam 1 tengahari. Awak semua dijemput hadir ke sessi kali ini, kerana ada beberapa perkara menarik yang bakal disajikan/disediakan oleh pihak Iqbal M. Cakera padat "Tembak Tepat edisi terhad untuk yob sahaja!" bakal dijual disana. Dimana didalam cakera padat tersebut bakal ada dua trek bonus istimewa khas untuk awak semua yang hadir pada hari tersebut. Hanya 50 salinan dibuat. Jadi datanglah beramai-beramai. Okay jumpa sana nanti ya!

9.11.11

Jurnal The Hidden Sessions Vol.3

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Actors Studio dan Soundscape Records diatas pelawaan dan keberanian mereka menjemput Iqbal M. untuk membuat persembahan untuk sessi ketiga Hidden Sessions tempohari. Serba sedikit pengalaman pada hari tersebut. Jentera Iqbal M. berkumpul di Actors Studio seawal jam 6 petang lagi untuk melakukan proses pemeriksaan bunyi. Disebabkan lebihan masa, kami telah pun melakukan pemeriksaan bunyi kesemua lagu yang bakal dimainkan. Selesai kesemuanya, kami semua pun berehat sambil menunggu masa persembahan. Persembahan dimulakan kira-kira jam 915 malam dengan keadaan diluar dewan hujan rintik-rintik. Persembahan yang boleh dikatakan hampir sempurna (seperti yang dirancang) pada pendapat peribadi saya dan persembahan Iqbal M. paling berprestij untuk rekod Iqbal M. sekarang. Walaupun tidaklah penuh dewan pada malam itu, mungkin orang sudah mula pulang ke kampung untuk menyambut Aidil Adha namun orang yang hadir pada malam tersebut memberi sepenuh perhatian dan diharapkan awak semua yang hadir berpuas hati dan mendapat 'sesuatu' ketika menonton persembahan Iqbal M. Terima kasih sekali lagi terutamanya kepada tenaga-tenaga kerja pada malam tersebut. Acap Pepatung (Gitar), Raja Bromjat (Papan Kekunci), Dubuk (Tenor Deram), Sudirman (Double Bass), Adek Kanuki (Deram), Mamu Atap (Terompet), Numemon Embun (Terompet), Manjejari (Terombon), Suhaib Labi-Labi (Visual), Jaimal (Jurutera Bunyi), Kadir Chan (Video) dan 'bateri' saya Bainun Waheeda. Lis lagu yang dimainkan pada malam tersebut adalah seperti Intro, Antara 2 Darjat, Patah Balik, Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda), Tembak Tepat (Kenaikan), Outro. Tunggu hasil rakaman persembahan ini nanti suntingan Kadir Chan ya! Jumpa lagi awak semua disiri-siri lain persembahan Iqbal M. *Se-tail! :)

*Kepada yang hadir dan ada menangkap gambar pada malam tersebut, awak dialu-alukan untuk 'tag'kannya di muka surat FB Iqbal M. untuk kita kongsi bersama-sama yang lain. :)

28.10.11

Jurnal Pekan Frinjan Edisi 24

Terima kasih pihak Iqbal M. ucapkan kepada semua Tulang Belakang yang hadir memberikan sokongan untuk sessi Pekan Frinjan Edisi ke-24 ini. Awak semua menerujakan saya. Ini juga merupakan set Iqbal M. yang paling kecil sekali bilangan pemuziknya iaitu sebanyak empat orang sahaja. Namun kami puas dengan apa yang dipersembahkan tadi dan harapnya agar awak semua terhibur dan dapat sesuatu (harapnya yang baik) dari menonton persembahan Iqbal M. tadi. Kepada yang merebat cakera padat "Tembak Tepat", saya ucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan awak semua itu dan diharapkan agar awak semua terus menyokong jenama Iqbal M. ini. Kepada jurugambar-jurugambar yang ada menangkap gambar kami tadi, bolehlah 'tag'kan di muka surat Fb Iqbal M. agar kita dapat berkongsi bersama-sama yang lain yang mana mungkin tidak dapat hadir kerana ada urusan. Setidak-tidaknya mereka juga dapat lihat situasi/keadaan semasa persembahan sedang berlangsung. Terima kasih yangtidak terhingga kepada yang berbuat demikian.


Kepada Acap Pepatung, Raja Bromjat, Sudirman dan Adek Kanuki, terima kasih diatas segala usahasama yang diberikan bagi memantapkan lagi persembahan Iqbal M. Awak semua pemuzik terhebat untuk dekad ini!

Lis lagu yang Iqbal M. persembahan adalah seperti berikut:- "Antara 2 Darjat (Rilisan Akan Datang)", "Harap-Harap Okay (Tembak Tepat)", "Tembak Tepat (Kenaikan) (Tembak Tepat)" dan "Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda) (Rilisan Akan Datang).

23.10.11

The Hidden Sessions Vol.3


Mari hadir semua "Tulang Belakang" ke persembahan Iqbal M. sessi "The Hidden Sessions Vol.3" bertempat di Actors Studio, Lot 10 Kuala Lumpur pada 4 November 2011, jam 8.30 malam. Tiket berharga RM 30 (tempat duduk bebas). Kali ini Iqbal M. akan berkolaborasi bersama beberapa pemuzik berpeniup. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke persembahan ini. Selain dari Iqbal M., pada malam tersebut turut disajikan bersam kugiran lain iaitu Silent Scenery dan Like Silver. Untuk tempahan tiket awak semua boleh hubungi:

The Actor Studio @ Lot 10
Tel: 603-2142 2009 / 603-2143 2009

KLPac @ Sentul Park
Tel: 603-4047 9000 / 603-4047 9010

ILasso Tickets
(A 606, Block A, Phileo Damansara II, Petaling Jaya)
Tel: 603-7957 6088

Pekan Frinjan 24

Mari semua 'Tulang Belakang' hadir ke Pekan Frinjan edisi ke-24 pada 28 Oktober 2011 ini bertempat di Kompleks Belia, Shah Alam jam 8 malam. Pihak Iqbal M. sudah sedia untuk sessi kali ini dan kami harapkan awak semua juga sudah bersedia. Jumpa sana jika ada. Bagi yang masih belum mendapatkan cakera padat 'Tembak Tepat' jangan khuatir, rilisan itu turut hadir kesana! :)

10.4.11

Jurnal: 'Kebenaran Untuk Batu'

Pada pagi 1 April 2011 separuh dari jentera Iqbal M. telah bergerak ke Pulau Pinang menaiki bas yang disediakan oleh penganjur manakala separuh lagi terpaksa bergerak disebelah malamnya kerana urusan yang tidak dapat dielakkan. Saya hanya mendengar gosip/pembakar semangat agar cepat sampai sahaja dari grup yang sudah sampai pada tengahari. Grup malam tiba pagi Sabtu dalam lingkungan jam 330. Ini merupakan kali pertama persembahan Iqbal M. luar dari Kuala Lumpur dan ini juga kali pertama setelah beberapa tahun tidak menaiki bas. Sesampai sahaja di hotel, saya terus memberi sedikit taklimat kepada yang lain-lain tentang persembahan. Jam 7 pagi panggilan pertama muncul dari penganjur untuk memeriksa kami sudah bangun atau belum, kerana sessi pemeriksaan bunyi kami akan berlaku sekitar jam 9 pagi. Sampai sahaja di Fort Cornwallis, kami berjalan disekitar tapak persembahan dan mencari tempat makan untuk bersarapan. Sekitar jam 230 petang slot Iqbal M. pun bermula dan ini merupakan lis lagu yang tersenarai untuk sessi kali ini 'Antara 2 Darjat'/'Harap-Harap Okay'/'Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda)'/'Tembak Tepat (Kenaikan)'. Bagus atau tidak persembahan Iqbal M. itu terpulang kepada orang yang hadir untuk menilai kredibiliti persembahan namun pendapat peribadi saya, saya puas dengan persembahan tersebut. Mungkin ini kerana penyatuan kami semula setelah beberapa tidak bermuzik bersama. Terima kasih juga kepada yang merebat cakera padat (terus sokong pergerakan Iqbal M.!) Selesai persembahan, kami tidak menunggu lama, kerana 'jentera' sudah mula merengek-rengek ajak pulang ke hotel kerana mereka mahu berendam di kolam renang! Sampai saja di hotel masing terus terlelap/lena seketika dan boleh dikatakan selepas Asar barulah mula turun/terjun ke kolam renang. Malamnya kami pergi makan nasi kandar di Restoran Kayu yang berdekatan dengan tempat menginap. Niat didalam hati terasa juga ingin pusing-pusing di Pulau Pinang tapi kami tidak mempunyai kenderaan. Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi 'jentera' sudah terjn semula ke kolam untuk menikmatinya kali terakhir sebelum pulang. Jam 12 tengahari kami penganjur sudah mula telefon untuk mengajak pulang. Tetapi sebelum pulang sempat juga membaham nasi kandar sekali lagi. Jam 230 petang bas pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur (semuanya terbaik!), penyokong (terus sokong!) dan yang tak terhingga kepada 'Tulang Belakang' saya Acap Pepatung, Raja Bromjat, Diman Putupale, Farith Kebaya, Hadri Dubuk, Danial Kilat, Sudirman Hj Marsyat, Adek Kanuki dan Bainun Keningau kerana menjaya/melancarkan sessi Iqbal M. untuk kali ini.


Trivia # Danial Kilat tidur di tab mandi sepanjang 2 malam disana. # 1/4 dari gambar yang tersimpan merupakan gambar punggung wanita. # Merekrut pemain-pemain baru untuk Iqbal M. iaitu Adek Kanuki dan Sudirman Hj Marsyat. # Perkataan yang sering diulang-ulang pada hari tersebut ialah 'cemuih'. # Mandian tak sempurna Dubuk (Ketiak penuh dengan buih sabun). # Tiz Zaqyah menjadi perbualan. # Kegelapan kulit kekasih saya, Bainun Keningau akibat matahari/cuaca disana.

19.3.11

Karnival Muzik 'Kebenaran Untuk Batu'




Pada 2 April 2011 ini nanti akan berlangsung satu karnival muzik yang diberi nama "Rock 4 Rights" yang akan diadakan dilakukan di Fort Cornwallis, Pulau Pinang dan yang lebih menyeronokkan lagi kemasukan adalah percuma. Mari pakat ramai-ramai warga utara untuk menyokong pergerakan artistik tempatan. Ini merupakan persembahan pertama saya di luar negeri dan harapnya persembahan akan berjalan lancar kelak. Pihak Iqbal M. juga sudah mula berkumpul kembali untuk membuat sessi latihan diharapnya agar awak semua bakal terhibur dengan persembahan saya kelak. Jumpa awak disana!