22.3.11

Utopia Edisi 197



Baru2 ni Ana Raffali dijulang sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25. Begitu juga Yuna yang menggondol anugerah yang sama pada tahun sebelumnya. Dey'all muncul di persada muzik perdana setelah karya dey'all disemai dengan begitu gigih, yakin serta sokongan hebat pengikut muzik independent. kini tak siapa mampu menyangkal kebolehan anak muda kita dalam menulis lagu. Skop Indie kali ni ingin mengetengahkan IQBAL M, si 'kelana' seni mencari erti perjuangan.
Mulanya Gerakan Solo
IQBAL M bukan baru dalam scene independent. Walaupun hanya timbul di bibir pemerhati muzik bebas sejak kebelakangan ni namun dia sudah mula mencipta lagu sejak tahun 2003. Bertindak sebagai pencipta lagu, penulis lirik & bermain gitar merupakan kebolehan dikongsi bersama band pertama, Limited Garden. Ketika usia memberontak & tatkala jiwa cuba menzahirkan eksperi, IQBAL M bertungkus lumus bersama bandmate-nya menyiapkan 2 EP dalam masa kurang 3 tahun iaitu 'Bank Negara Malaysia' (2003) & 'H.I.V - Happening In Valentine' (2005). Bersama 2 EP tersebut, dia mendapat banyak pendedahan bermain muzik di merata tempat di samping mendalami karakter artistik masih tersembunyi ketika tu. Selang beberapa tahun selepas itu, dey'all ambil keputusan menukar nama band kepada Elektrikretro. IQBAL M menumpukan sepenuh perhatian terhadap permainan gitar & merekrut vokalis baru. Bersama Elektrikretro, dia release sebuah EP 'Antarabangsa Yang Biasa.'
Paksi Artistik Solo
Umpama anak burung baru belajar terbang - semakin hari semakin tinggi & jauh arah tujunya. Camtulah IQBAL M dalam 'melaraskan peluru2' dari muncung mata penanya untuk berkarya. Kegilaan terhadap muzik berteraskan brass mula memberi pengaruh dalam penulisan lagu2 terbaru. Jika dulu paksi utama IQBAL M bersama band-nya adalah Post Rock, kali ni dia muncul dengan pendekatan lebih bersifat Nusantara dari segi lenggok nyanyian serta patah kata. Kacukan antara pelbagai seleksi band serta penyanyi terdiri daripada Jonsi Birgisson (Sigur Ros), Monoloque, Johny Greenwood (Radiohead), Duan (Seven Collar T-Shirt) & Zul (Akta Angkasa) mempengaruhi karya IQBAL M.
Kelahiran EP Sulung
Selepas mengambil keputusan bergerak secara solo pada awal 2010, IQBAL M tak ambil masa lama untuk muncul bersama material terbaru yang kali ni lebih bersifat peribadi. Jelasnya, kepuasan menghasilkan muzik secara solo memberi kepuasan berbeza berbanding bermain dalam band. Pendekatan harus diambil agak berbeza. Namun IQBAL M masih mendapat bantuan rakan terdekat dari segi sokongan moral mahupun menghulurkan skil dalam studio. 'Tembak Tepat' merupakan EP sulung IQBAL M mengandungi 5 lagu di mana seni kata, susunan muzik & lagu 100% diperah otaknya. Proses rakaman EP tersebut berlangsung di IZ Studio, Wangsa Maju di bawah kelolaan Acap Pepatung. Proses mastering lak mendapat sentuhan Black Juxtaposed & grafik oleh Fauzan Jupiter.

EP 'Tembak Tepat'
Senarai lagu:
1. 'Tembak Tepat (Kenaikan)'
2. 'Patah Balik'
3. 'Mati Eksperimental'
4. 'Tembak Tepat (Kejatuhan)'
5. Harap-harap Okay!'

Ketika membuat persembahan, IQBAL M dibantu beberapa rakannya seperti Acap, Raja, Abi, Hadri, Danial, Fauzan, Aiman & Mamat.
Hubungi Si Penembak Tepat!
U'all kalau penyanyi berdahi jendul, ayu, ada lesung pipit, betis licin & comel kemain u'all support habis2, kan? Haa, kali ni apa salahnya kita sama2 mengangkat penyanyi solo lelaki pulak. Kalau Yuna & Ana boleh bikin meletopp takkan IQBAL M tak boleh, kan? Ye dok? Haa, u'all yang berminat nak ketahui lebih lanjut tentang muzik & info tentang IQBAL M bolehlah ringankan jemari lantas klik ke laman sesawang berikut;
Facebook - Search: IQBAL M
www.myspace.com/iqbalmonowood
amp.channelv.com/iqbalmonowood
www.youtube.com/lintaslangsung

Oleh: Pjoe
Artikel: Utopia edisi ke- 197
www.gempakstarzs.com

2 comments:

  1. Nice sharing.Latest Jobs in karachi & Lahore at http://toppakjobs.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. macam kenal budak tak pakai baju tu, anak jiran aku kut....
    Danial

    ReplyDelete