10.4.11

Jurnal: 'Kebenaran Untuk Batu'

Pada pagi 1 April 2011 separuh dari jentera Iqbal M. telah bergerak ke Pulau Pinang menaiki bas yang disediakan oleh penganjur manakala separuh lagi terpaksa bergerak disebelah malamnya kerana urusan yang tidak dapat dielakkan. Saya hanya mendengar gosip/pembakar semangat agar cepat sampai sahaja dari grup yang sudah sampai pada tengahari. Grup malam tiba pagi Sabtu dalam lingkungan jam 330. Ini merupakan kali pertama persembahan Iqbal M. luar dari Kuala Lumpur dan ini juga kali pertama setelah beberapa tahun tidak menaiki bas. Sesampai sahaja di hotel, saya terus memberi sedikit taklimat kepada yang lain-lain tentang persembahan. Jam 7 pagi panggilan pertama muncul dari penganjur untuk memeriksa kami sudah bangun atau belum, kerana sessi pemeriksaan bunyi kami akan berlaku sekitar jam 9 pagi. Sampai sahaja di Fort Cornwallis, kami berjalan disekitar tapak persembahan dan mencari tempat makan untuk bersarapan. Sekitar jam 230 petang slot Iqbal M. pun bermula dan ini merupakan lis lagu yang tersenarai untuk sessi kali ini 'Antara 2 Darjat'/'Harap-Harap Okay'/'Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda)'/'Tembak Tepat (Kenaikan)'. Bagus atau tidak persembahan Iqbal M. itu terpulang kepada orang yang hadir untuk menilai kredibiliti persembahan namun pendapat peribadi saya, saya puas dengan persembahan tersebut. Mungkin ini kerana penyatuan kami semula setelah beberapa tidak bermuzik bersama. Terima kasih juga kepada yang merebat cakera padat (terus sokong pergerakan Iqbal M.!) Selesai persembahan, kami tidak menunggu lama, kerana 'jentera' sudah mula merengek-rengek ajak pulang ke hotel kerana mereka mahu berendam di kolam renang! Sampai saja di hotel masing terus terlelap/lena seketika dan boleh dikatakan selepas Asar barulah mula turun/terjun ke kolam renang. Malamnya kami pergi makan nasi kandar di Restoran Kayu yang berdekatan dengan tempat menginap. Niat didalam hati terasa juga ingin pusing-pusing di Pulau Pinang tapi kami tidak mempunyai kenderaan. Keesokkan harinya, pagi-pagi lagi 'jentera' sudah terjn semula ke kolam untuk menikmatinya kali terakhir sebelum pulang. Jam 12 tengahari kami penganjur sudah mula telefon untuk mengajak pulang. Tetapi sebelum pulang sempat juga membaham nasi kandar sekali lagi. Jam 230 petang bas pun bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur (semuanya terbaik!), penyokong (terus sokong!) dan yang tak terhingga kepada 'Tulang Belakang' saya Acap Pepatung, Raja Bromjat, Diman Putupale, Farith Kebaya, Hadri Dubuk, Danial Kilat, Sudirman Hj Marsyat, Adek Kanuki dan Bainun Keningau kerana menjaya/melancarkan sessi Iqbal M. untuk kali ini.


Trivia # Danial Kilat tidur di tab mandi sepanjang 2 malam disana. # 1/4 dari gambar yang tersimpan merupakan gambar punggung wanita. # Merekrut pemain-pemain baru untuk Iqbal M. iaitu Adek Kanuki dan Sudirman Hj Marsyat. # Perkataan yang sering diulang-ulang pada hari tersebut ialah 'cemuih'. # Mandian tak sempurna Dubuk (Ketiak penuh dengan buih sabun). # Tiz Zaqyah menjadi perbualan. # Kegelapan kulit kekasih saya, Bainun Keningau akibat matahari/cuaca disana.

2 comments: