13.11.11

Jurnal Break Out Day

Jumaat malam pada tarikh 11 November 2011 saya dan kekasih saya telah bertolak menaiki keretapi untuk menuju ke Kampar Perak untuk bersiap sedia untuk sessi 'Break Out Day' pada keesokkan harinya. Ini adalah pengalaman terbaru saya, setelah seberapa lama sudah tidak menaiki keratapi. Kami sampai di stesen Kampar jam 1230 malam. Sesampai saja distesen, ibu dan kakak kami sudah berada disana untuk menjemput kami pulang ke rumah. Keesokkan harinya kira-kira jam 10 pagi kami bertolak dari Kampar untuk menuju ke The gate Coffee, Taiping. Perjalanan yang amat memenatkan, kerana jalan raya terlalu sesak. Kami tiba dikawasan Gate Coffee sekitar jam 2 petang. Lantas terus saja saya bersiap sedia untuk menjalani proses memeriksa bunyi. Seperti biasa, persembahaan bermula lewat. Kira-kira jam 3 petang. Saya dan Mohd Jayzuan memulakan sidang persembahan pada petang itu dengan memberi 'ceramah'. Mohd Jayzuan memfokuskan tentang perihal penulisan manakala saya dipertanggungjawabkan untuk bercerita/ceramah berkenaan dengan pemuzikan. Kira-kira sejam juga proses itu berlaku dan dalam hati saya berdetik, warga disana pasif. Mungkin mereka malu untuk bertanyakan soalan dan saya mendapat tahu, ini adalah pertama kali perkara sebegini diadakan di daerah Taiping.. Selepas tamat, bermulalah persembahan-persembahan. Saya boleh katakan 70% daripada persembahan hari tersebut adalah persembahan pembacaan sajak dan 30% lagi adalah muzik. Set untuk Iqbal M. adalah yang terakhir sekali, dan ianya berlaku kira-kira dalam jam 530 petang. Beberapa komposisi dimainkan untuk warga yang hadir disana dan apa yang istimewanya pada yang hadir pada persembahan tersebut ialah mereka bakal dapat merebat cakera padat Tembak Tepat edisi terhad "Untuk Yob Sahaja!". Hanya 50 salinan dibuat khas untuk mereka yang hadir sahaja. Kelebihan pada rilisan itu ialah mempunyai 2 trek bonus iaitu 'Balik Patah Hayat Jangka' iaitu satu komposisi berteraskan komputer muzik dan juga single akan datang dari produk Iqbal M. 'Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda)' versi dari dalam gobok yang membawa maksud rakaman versi peribadi saya kepada tuan badan lagu tersebut. Terima kasih kepada yang hadir dan juga penganjur kerana mempelawa Iqbal M. ke sessi kali ini dan juga jutaan terima kasih kepada yang merebat cakera padat, bergambar dan berbual bersama saya tempohari.

Lis lagu:- Intro | Antara 2 Darjat | Tembak Tepat (Kejatuhan) | Harap-Harap Okay | Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda | Tembak Tepat (Kenaikan) *Kesemua komposisi dimainkan secara kapok (Akustik).

*Kepada lensa-lensa kamera yang ada merakamkan detik-detik pada hari tersebut, awak dialu-alukan untuk 'tag'kan gambar tersebut di muka surat Facebook Iqbal M. untuk kita kongsi bersama terutamanya kepada yangtidak hadir pada hari tersebut. Moga jumpa lagi dilain waktu. Korang se-tail!

No comments:

Post a Comment