20.12.11

Mari Merosak 3.0



Salam sejahtera pihak kami ucapkan kepada semua Tulang Belakang Iqbal. Mari! Mari! Kosongkan jadual awak semua pada hari Sabtu, 24 Disember 2011 bertempat di Kelab Darul Ehsan, Ampang untuk hadir ke sessi persembahan pentas Iqbal M. dan beberapa lagi kugiran lain di 'Mari Merosak 3.0'. Tiket hanya berharga Rm5! Rugi kalau tidak, bawa geng ramai-ramai. Jumpa awak semua disana!

Jurnal Rantai Revisit



Pada 18 Disember 2011 kira-kira jam 5 petang Iqbal M. telah membuat persembahan di sessi Rantai Revisit. Terima kasih yang tidak terhingga pihak kami ucapkan kepada semua Tulang Belakang yang datang memberikan sokongan padu. Terima kasih juga kepada muka-muka baru yang menjayakan persembahan Iqbal M. pada hari tersebut. Terima kasih banyak kepada Johan Kum-Kum dan Shahrin Sibilis untuk kerjasama yang diberikan.

13.11.11

Jurnal Break Out Day

Jumaat malam pada tarikh 11 November 2011 saya dan kekasih saya telah bertolak menaiki keretapi untuk menuju ke Kampar Perak untuk bersiap sedia untuk sessi 'Break Out Day' pada keesokkan harinya. Ini adalah pengalaman terbaru saya, setelah seberapa lama sudah tidak menaiki keratapi. Kami sampai di stesen Kampar jam 1230 malam. Sesampai saja distesen, ibu dan kakak kami sudah berada disana untuk menjemput kami pulang ke rumah. Keesokkan harinya kira-kira jam 10 pagi kami bertolak dari Kampar untuk menuju ke The gate Coffee, Taiping. Perjalanan yang amat memenatkan, kerana jalan raya terlalu sesak. Kami tiba dikawasan Gate Coffee sekitar jam 2 petang. Lantas terus saja saya bersiap sedia untuk menjalani proses memeriksa bunyi. Seperti biasa, persembahaan bermula lewat. Kira-kira jam 3 petang. Saya dan Mohd Jayzuan memulakan sidang persembahan pada petang itu dengan memberi 'ceramah'. Mohd Jayzuan memfokuskan tentang perihal penulisan manakala saya dipertanggungjawabkan untuk bercerita/ceramah berkenaan dengan pemuzikan. Kira-kira sejam juga proses itu berlaku dan dalam hati saya berdetik, warga disana pasif. Mungkin mereka malu untuk bertanyakan soalan dan saya mendapat tahu, ini adalah pertama kali perkara sebegini diadakan di daerah Taiping.. Selepas tamat, bermulalah persembahan-persembahan. Saya boleh katakan 70% daripada persembahan hari tersebut adalah persembahan pembacaan sajak dan 30% lagi adalah muzik. Set untuk Iqbal M. adalah yang terakhir sekali, dan ianya berlaku kira-kira dalam jam 530 petang. Beberapa komposisi dimainkan untuk warga yang hadir disana dan apa yang istimewanya pada yang hadir pada persembahan tersebut ialah mereka bakal dapat merebat cakera padat Tembak Tepat edisi terhad "Untuk Yob Sahaja!". Hanya 50 salinan dibuat khas untuk mereka yang hadir sahaja. Kelebihan pada rilisan itu ialah mempunyai 2 trek bonus iaitu 'Balik Patah Hayat Jangka' iaitu satu komposisi berteraskan komputer muzik dan juga single akan datang dari produk Iqbal M. 'Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda)' versi dari dalam gobok yang membawa maksud rakaman versi peribadi saya kepada tuan badan lagu tersebut. Terima kasih kepada yang hadir dan juga penganjur kerana mempelawa Iqbal M. ke sessi kali ini dan juga jutaan terima kasih kepada yang merebat cakera padat, bergambar dan berbual bersama saya tempohari.

Lis lagu:- Intro | Antara 2 Darjat | Tembak Tepat (Kejatuhan) | Harap-Harap Okay | Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda | Tembak Tepat (Kenaikan) *Kesemua komposisi dimainkan secara kapok (Akustik).

*Kepada lensa-lensa kamera yang ada merakamkan detik-detik pada hari tersebut, awak dialu-alukan untuk 'tag'kan gambar tersebut di muka surat Facebook Iqbal M. untuk kita kongsi bersama terutamanya kepada yangtidak hadir pada hari tersebut. Moga jumpa lagi dilain waktu. Korang se-tail!

10.11.11

Break Out Day

Kepada semua, terutamanya yang tinggal dibahagian utara Iqbal M. bakal membuat persembahan pada sessi "Break Out Day" anjuran Darmasiska dan Projek Rabak bertempat di The Gate Cafe, Taiping, Perak pada 12 November 2011 bermula jam 1 tengahari. Awak semua dijemput hadir ke sessi kali ini, kerana ada beberapa perkara menarik yang bakal disajikan/disediakan oleh pihak Iqbal M. Cakera padat "Tembak Tepat edisi terhad untuk yob sahaja!" bakal dijual disana. Dimana didalam cakera padat tersebut bakal ada dua trek bonus istimewa khas untuk awak semua yang hadir pada hari tersebut. Hanya 50 salinan dibuat. Jadi datanglah beramai-beramai. Okay jumpa sana nanti ya!

9.11.11

Jurnal The Hidden Sessions Vol.3

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Actors Studio dan Soundscape Records diatas pelawaan dan keberanian mereka menjemput Iqbal M. untuk membuat persembahan untuk sessi ketiga Hidden Sessions tempohari. Serba sedikit pengalaman pada hari tersebut. Jentera Iqbal M. berkumpul di Actors Studio seawal jam 6 petang lagi untuk melakukan proses pemeriksaan bunyi. Disebabkan lebihan masa, kami telah pun melakukan pemeriksaan bunyi kesemua lagu yang bakal dimainkan. Selesai kesemuanya, kami semua pun berehat sambil menunggu masa persembahan. Persembahan dimulakan kira-kira jam 915 malam dengan keadaan diluar dewan hujan rintik-rintik. Persembahan yang boleh dikatakan hampir sempurna (seperti yang dirancang) pada pendapat peribadi saya dan persembahan Iqbal M. paling berprestij untuk rekod Iqbal M. sekarang. Walaupun tidaklah penuh dewan pada malam itu, mungkin orang sudah mula pulang ke kampung untuk menyambut Aidil Adha namun orang yang hadir pada malam tersebut memberi sepenuh perhatian dan diharapkan awak semua yang hadir berpuas hati dan mendapat 'sesuatu' ketika menonton persembahan Iqbal M. Terima kasih sekali lagi terutamanya kepada tenaga-tenaga kerja pada malam tersebut. Acap Pepatung (Gitar), Raja Bromjat (Papan Kekunci), Dubuk (Tenor Deram), Sudirman (Double Bass), Adek Kanuki (Deram), Mamu Atap (Terompet), Numemon Embun (Terompet), Manjejari (Terombon), Suhaib Labi-Labi (Visual), Jaimal (Jurutera Bunyi), Kadir Chan (Video) dan 'bateri' saya Bainun Waheeda. Lis lagu yang dimainkan pada malam tersebut adalah seperti Intro, Antara 2 Darjat, Patah Balik, Paling Cinta Dalam Dunia (Bainun Waheeda), Tembak Tepat (Kenaikan), Outro. Tunggu hasil rakaman persembahan ini nanti suntingan Kadir Chan ya! Jumpa lagi awak semua disiri-siri lain persembahan Iqbal M. *Se-tail! :)

*Kepada yang hadir dan ada menangkap gambar pada malam tersebut, awak dialu-alukan untuk 'tag'kannya di muka surat FB Iqbal M. untuk kita kongsi bersama-sama yang lain. :)